Percubaan Buat Bekas Minuman Automatik

assalamualaikum..

Hari ini nak kongsi cerita sket  mengenai percubaan saya untuk buat bekas minuman automatik bagi ayam. memandangkan terlalu payah nak beli bekas minuman ayam automatik di sini.. saya cuba buat sendiri ..

Konsepnya saya ambil daripada bekas minuman ayam yang saya beli di kedai dan konon-kononnya bercita-cita nak buat yang besar sket pakai tong. Gambar dibawah menerangkan segalanya.

 

bekas air11- sesambil beli dedak ayam.. beli sekali tong utk buat bekas minuman automatik.

 bekas air2

 

2- pastikan tong dibersihkan dulu dari sisa bahan terdahulu. Tong yang saya beli ni utk penyimpanan sabun jadi terpaksalah kena cuci habis-habisan.. Kalau tak cuci.. jadi arwah ayam tu nanti..

bekas air4  bekas air6

3- dua keping gambar atas tuh adalah alat-alat dan bahan yang diperlukan. Ikut kreativiti anda masing-masing.

bekas air7 bekas air8

4- tong dicuci dengan tanah sebanyak 2 kali bagi menghilangkan kesan sabun . Tanah ni penting utk menutralkan sisa-sisa kimia kalau ada.

bekas air9 bekas air10 bekas air11 bekas air12 bekas air13 bekas air14

5- Hasilnya begini… tapi MALANG nya bila di test… terdapat kebocoran vakum walaupun tong sudah ditutup rapat.. menyebabkan air keluar tak henti-henti dan melimpah. lolz… jadi projek ni diBATALKAN & diLUPUSKan dan tong tersebut akan dibuat untuk projek bekas minuman yg lain… hehehe

Takpa…kita cuba lain kali .. dengan daya kreativiti dan inovasi yang lain.. untuk hidup kita selalunya kena berfikir ..tak gitu? 😀

n.a.z.a