Assalam.. petua ni dikutip dari whatsapp ” Grup Peminat Tumbuhan #8″ dan FB Peladang Muda Johor
SEDIKIT PETUA BERCUCUK TANAM
Hari mengikut kalender Islam / kalendar Hijrah
Haribulan 1, 11 dan 21 : Hari Akar
– tanaman yang sesuai di tanam ialah yang mengeluarkan ubi seperti keledek, keladi, ubi kayu dan sebagainya.
Haribulan 2, 12 dan 22 : Hari Batang
– seperti tebu dan serai
Haribulan 3,13 dan 23 : Hari Daun
– seperti sawi, bayam, kangkung
Haribulan 4, 14 dan 24 : Hari bunga
– seperti ORKID la
Haribulan 5, 15, 25 : Hari buah
– seperti mangga, kelapa dan jambu
Tetapi penjagaan nak kena gak la.. baja dan kawalan penyakit perlu juga di buat… jangan le tanam dan tinggal je gitu… orang pun bleh mati.
Contohnya : Hari ni 2 hb Januari 2009 bersamaan dengan 5 Muharram 1430 Hijrah. Maka, tanaman yang sesuai untuk di tanam ialah tanam buah buahan.
Tok Batin Menyumpit
p/s: hari 26 ,27, 28, 29, 30, ?? Mungkin pelbagai.. atau mungkin hari rehat hahaha wallahualam.. Tapi petua org dulu dulu kebiasannya menjadi.