Assalamualaikum dan salam sejahtera..
1. Apa khabar warga tani sekalian. Kali ini saya nak kongsi satu benda yang luar dari bidang pertanian tapi berguna jika anda merupakan usahawan tani yang menjalankan perniagaan. Anda pernah dengar system “Point Of Sale” singkatan POS?? sistem ni biasanya digunakan di kedai kedai runcit, pasaraya serta di kedai-kedai makan atau restoran.
2. Sekiranya anda mempunyai nursery yang aktif dalam penjualan herba, biji benih mahupun benih pokok buah-buahan. Sistem ini saya rasakan amat sesuai untuk anda gunakan. Ini kerana setiap transaksi, stok mahupun rekod rekod berkaitan urusniaga online ataupun offline dapat disimpan dengan selamat secara digital mahupun secara bercetak.
3. Mengikut pengalaman saya yang telah menggunakan system ini di kedai bundle saya hampir selama dua tahun, banyak perkembangan dan faedah diperolehi. Antaranya pengurusan kewangan lebih tersusun, untung rugi jualan , invois invois dapat dipantau, stok stok boleh dipantau dengan mudah dan apa yang penting sistem ini percuma walaupun sarat dipenuhi dengan fungsi fungsi menarik.
4. Untuk menggunakan sistem ini, anda hanya perlukan sebiji laptop mahupun Pc desktop dan cash drawer. Untuk lebih lengkap anda perlukan resit printer. Yang ni kena beli.. hehehe tak mahal pun untuk 3 benda tu tidak termasuk laptop baru rm700 dalam shopee.
semoga entri ini bermanfaat untuk anda.. chiosss..