Banjir Besar 2014 – Ujian Buat Saya
Sempat jual seekor jer ayam untuk batch september 2014. Keesokannya hujan lebat mula turun dan menenggelamkan reban ayam saya. Apa boleh buat, saya sebagai staff JKM terpaksa mengutamakan dan menguruskan bantuan banjir di bilik gerakan banjir IPD.
Ayam ayam di dalam reban terpaksa dilupakan kerana tidak mempunyai waktu gara-gara kesibukan menguruskan bantuan banjir.. Takpa kita jadikan diri kita lilin.. itu juga merupakan ujian Allah. Masyarakat diutamakan..
Gambar pada galeri dibawah menunjukkan paras air dan kesan kesan selepas banjir. Sayu melihat bangkai bangkai ayam bergelimpangan dan berulat di dalam reban.
- Suasana di dalam bilik Gerakan Banjir 2014. Semua agensi kerajaan terlibat.
- Dalamnya Air
- Cari nasik bungkus dulu sebelum amsuk kerja
- sayu.. bangkai ayam bergelimpangan.
- Tinggi betul paras air banjir kali ini. Tak dijangka.
- Dah berulat.
- Hampir tenggelam reban ayam.
- Berselerak …
- Reban Asuh..
- Mangsa banjir.
Apapun.. saya tak boleh mengalah.. ada masa saya cuba lagi Insya Allah.. Adalah tu sinar nya..