Definisi Pokok Hibrid

FAHAMI DEFINISI “HYBRID”

Ramai yang masih tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan “benih pokok hybrid”.

Perkataan “HYBRID” dari Bahasa Inggeris bermaksud sesuatu teknologi atau kaedah yang effisen dengan penjimatan kos.

Contohnya kereta berteknologi hybrid adalah kereta yang effisen dengan penjimatan bahan api (petrol).

Bagi benih tanaman pula ia bermaksud benih pokok yang mampu mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.

Bagi kereta, teknologi hybrid membabitkan “gandingan” – tenaga bateri dan petrol.

Manakala bagi anak benih pula ia menggunakan “gandingan” dalam kaedah cantuman atau kahwin, sama ada mata tunas atau debunga.

Di Thailand, pengeluaran anak benih pokok hybrid jauh maju ke hadapan kerana ia turut menggunakan hormon yang dirahsiakan.

Hasilnya termasuklah benih Durian Mothong yang mampu berbuah dalam tempoh hanya 3 tahun berbanding kaedah cantuman biasa (6 tahun) dan anak biji (8 – 10 tahun).

Asam Gelugur hybrid 4 tahun (berbanding kaedah semaian biji 12 tahun), Kundang Siam (4 tahun (berbanding kaedah semaian biji 12 tahun), Rambai hybrid 4 tahun (berbanding kaedah semaian biji 8 – 10 tahun), Lemon Turki hybrid 8 bulan (berbanding kaedah semaian biji 3 – 5 tahun), Mangga hybrid 1 – 2 tahun (berbanding cantuman biasa 3 – 5 tahun dan Petai hybrid 1 – 2 tahun (berbanding cantuman biasa 3 – 5 tahun)

kredit : FB Benih Pokok Hybrid

n.a.z.a

Leave a Reply