Mengenai Saya

AsSalam sahabat Semua..

1- Terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang tidak seberapa ini. Semestinya bila anda klik pautan ini anda ingin tahu serba sedikit mengenai saya bukan? Oklah saya ceritakan serba sedikit latar belakang hidup saya.

2- Saya merupakan seorang penjawat awam dalam bidang IT, warga kelantan tulen tetapi telah lama menetap di Kuala Lipis Pahang kerana bekerja disini. Mungkin di sinilah lubuk rezeki saya yang membuatkan saya rela berjauhan dari keluarga di Kampung..

3- Saya amat meminati bidang pertanian dan penternakan kerana sejak kecil seawal usia 11 tahun lagi sudah dikerahkan  oleh bapa  pergi menebas dan di ajar menanam dan membaja pokok getah. Di “paksa rela”  membela kambing, itik penelur serta lembu dan haiwan terakhir yang saya ternak ialah ayam pedaging pada 2003 selama 2 musim bersama-sama abang saya yang yang sama-sama menganggur pada waktu itu. Dari situlah minat terhadap bidang pertanian dan penternakan ini terbentuk.

4- Alhamdulillah..walaupun sudah mendapat kerja tetap.. saya teruskan minat itu untuk sara diri serta mencari kepuasan yang tidak diperolehi dengan hanya bekerja di pejabat sepanjang masa.

5- Kepada sahabat semua yang sealiran dengan saya.. sudi sudikanlah mengunjungi blog ini dan menjadi sahabat saya. sama-sama kita berkongsi ilmu.. pengalaman.. cerita suka dan duka sebagai petani dan penternak.

Apapun..akhir kata saya mohon sahabat semua doakan kejayaan saya sekeluarga.. Amin..

 

 

 

2 Comments

  1. Salam, saya amat berminat dengan bidang pertanian. Sebelum ini dan masih bekerja bidang penyiaran. Semasa di dalam bidang ini juga saya berpeluang membuat liputan dan berkerjasama dengan membuat video berkaitan pertanian lantas menarik minat saya. Betapa pentingnya bidang pertanian dan juga pengeluaran produk HALAL. Sila emel saya di kazar4u@yahoo.com untuk kita berkongsi tips. Sejak 2006 saya ada idea untuk projek agro resort tetapi masalah tiada tanah. Sekarang saya baru mendapat tanah 10 ekar di Lipis dan ingin mencari rakan atau yang berminat ke arah yang sama.

    • Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.. Insyallah kita boleh berkongsi tips .

Leave a Reply