Projek Cendawan Tiram Kelabu

Projek Cendawan Tiram Kelabu

Assalam.. Dah setahun rupanya blog ini tak di update dengan perkembangan terbaru. Dah bersawang kiri kanan.

Setelah projek ayam kampung “tenggelam banjir” akibat bah besar pada 22 dec 2014 hingga 15 jan 2015. Saya terpaksa rehatkan diri dan kumpul modal semula. Kena bermula dari bawah kembali..

Apapun saya tetap redha kerana itu semua ujian Allah swt utk saya. Orang lain lagi teruk ujiannya sampai rumah pun dihanyutkan air.

Kini.. setelah setahun menyepikan diri dan membiarkan tanah dipenuhi semak samun, saya kembali bangkit tapi dengan projek baru.. iaitu Cendawan Tiram. Diharapkan projek ini dapat menyuntik semangat baru.

Berbekalkan enjin carian google dan youtube , saya cuba mengumpul ilmu mengenai pengurusan cendawan tiram. Alhamdulillah akhirnya projek ini berjaya juga dilaksanakan.

n.a.z.a

Leave a Reply