Yahoo.. Bongkah Cendawan Sudah Sampai..
Setelah lama menunggu hampir sebulan selepas pembayaran utk tempahan bongkah matang, akhirnya menjelma juga di depan mata. Buat masa ini, untuk menjimatkan kos sambil mengumpul ilmu penanaman cendawan, terpaksa saya beli dulu bongkah-bongkah ini. Nak buat dan proses sendiri ilmu masih tak cukup.
Untuk percubaan pertama, saya beli dulu 5000 bongkah, diharapkan dapat membuahkan hasil yang memuaskan sekurang-kurangnya balik modal itu sudah memuaskan hati saya. Insyallah . Amin Ya Rabbal Alamin..
Layanzz galeri di bawah..
- Tanpa pekerja.. memang memenatkan.
- moga bongkah bongkah ini semua mengeluarkan hasil yang cemerlang.. Insyallah
- Banyakkk..
- Sakit belikat juga nak bawa turun.
Assalamualaikum tuan. saya zaidi berasal dari maran pahang. Baru-baru ni saya ada membeli benih cendawan kukur. Masalahnya sekarang saya tiada dan cukup ilmu untuk menyediakan/menanam benih ilmu. sekiranya tuan sudi, saya ingin belajar dr tuan macam mana nak menanam dan menyadiakan keperluan. saya sanggup dtg ke tempat tuan dan segala kos saya tanggung. tuan boleh hubungi saya 0102310847 atau ediey_tlp@yahoo.com. Harap tuan sudi berkongsi ilmu. pertanian adalah jiwa saya.
saya ada emailkan kat tuan pasal pertanyaan tuan ni.